Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

BOLA SEPAK KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 / PIALA ASIA 2023: JANGAN CETUS PROVOKASI!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada penyokong bola sepak Malaysia dan Indonesia supaya tidak melakukan sebarang provokasi hingga boleh mencetuskan pergaduhan pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 esok.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur itu dijangka dihadiri seramai 85,000 penyokong termasuk 6,500 penyokong dari Indonesia.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan melakukan kawalan keselamatan dan trafik bermula pada 1 petang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, seramai 1,491 polis akan bertugas bagi melakukan kawalan keselamatan dan lalu lintas pada hari perlawanan itu.

Menurutnya, seramai 1,491 polis akan bertugas bagi melakukan kawalan keselamatan dan lalu lintas pada hari perlawanan itu.

“Penyokong diingatkan tidak mencetuskan sebarang provokasi, tidak membawa senjata berbahaya dan perlu mematuhi arahan pegawai polis yang bertugas,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menimbulkan provokasi, mencetuskan kekecohan, mengganggu gugat ketenteraman awam dan melanggar undang-undang.

“Polis juga menetapkan pintu masuk A, B, C dan D dikhaskan untuk penyokong Malaysia manakala pintu E adalah untuk penyokong Indonesia.

“Penyokong perlu memastikan pintu masuk masing-masing bagi mengelakkan tercetusnya sebarang provokasi terhadap kedua-dua penyokong,” katanya.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, pengguna yang tidak bertujuan menonton perlawanan bola sepak juga dinasihatkan tidak melalui kawasan stadium dan perlu menggunakan jalan alternatif lain.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boeh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau talian hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” katanya.

Sumber: Harian Metro dan Polis KL



Image may contain: text

Image may contain: text

No photo description available.

Image may contain: text

No photo description available.

Image may contain: 5 people

Image may contain: 4 people, people standing and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS