Siaran Media

672 LAPORAN DITERIMA DAN KERUGIAN LEBIH RM98 JUTA LIBATKAN SINDIKET PELABURAN

Kuala Lumpur, 16 Julai 2020 - Polis menerima sejumlah 672 laporan melibatkan kes penipuan pelaburan bersindiket dengan jumlah kerugian lebih RM93 juta bagi tempoh awal Januari tahun ini sehingga semalam, kata Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Datuk Saiful Azly Kamaruddin.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, 467 kes membabitkan pelaburan dalam talian sementara baki 267 melibatkan pelaburan secara bersemuka.

"Bagi pelaburan dalam talian sahaja mencatatkan sebanyak lebih RM52 juta kerugian, mangsa lazimnya dihubungi melalui Facebook, Wechat, WhatsApp oleh ‘online trader’ yang pakar dalam bidang mata wang kripto, ‘binary option’ dan ‘forex’ didalangi sindiket.

"Kebanyakan sindiket ini didapati menawarkan beberapa pakej yang menjanjikan keuntungan lumayan sehingga 13 kali ganda daripada modal dilaburkan dalam masa satu hingga dua hari. Sindiket kemudiannya akan meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun individu atau syarikat," katanya dalam sidang media khas di sini.

Menurutnya, sindiket kemudiannya akan menunjukkan jumlah keuntungan dalam satu platform bagi meyakinkan mangsa yang akan berakhir dengan mangsa diminta untuk membuat pembayaran lain sebagai syarat menuntut keuntungan itu.

Jelas Datuk Saiful Azly, setakat ini sebanyak 13 pelaburan dalam talian dikenal pasti telah digunakan untuk kegiatan menipu mangsa.

"Ia adalah I Rakyat Trade, IQ Option, Global Investment, Wei Jian Zhi, Olymp Trade, AA Anthony, Global Trader, People Global Network, Rakuten Trade, Wine Exchange China, GWFX Global, Private Investment Trade Dubai dan London Stick Exchanges," katanya.

Sumber: Bernama

Image may contain: 2 people, people standing and text

Image may contain: 5 people, people standing and indoor

Image may contain: 6 people

Image may contain: 7 people

Image may contain: 4 people, sunglasses and close-up

Image may contain: 3 people, sunglasses

Image may contain: car, tree and outdoor


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS