Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

POSTING PILIHAN: PDRM CADANG KETUA-KETUA JENAYAH SCAM, MAKSIAT WARGA ASING DIISYTIHAR PERSONA NON GRATA - KPN

Kuala Lumpur, 14 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia agar ketua-ketua sindiket jenayah scam dan maksiat warga asing di negara ini diisytihar sebagai persona non grata.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan mengenal pasti mana-mana penjenayah warga asing untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi dikenakan tindakan sedemikian.

"Kami akan cadang kepada Jabatan Imigresen untuk penjenayah-penjenayah warga asing ini dikenakan pengisytiharan (persona non grata) berkenaan setelah mereka dikenal pasti terlibat dalam kegiatan haram ini.

Dengan harapan mereka tidak boleh masuk (Malaysia) lagi. Seumur hidup (mereka) tidak boleh masuk ke dalam negara ini," katanya dalam sidang media sempena Majlis Menandatangani Prosedur Tetap Operasi (PTO) Op Benteng di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Tuan Mohamad Fauzi Md Isa berkata, apabila seseorang warga asing sudah diisytihar persona non grata maka dia dilarang memasuki Malaysia seumur hidupnya.

"Bila dia tidak dibenarkan masuk, dia tidak dapat kemudahan imigresen yang diberikan kepada setiap warga asing itu misalnya mohon visa atau memohon permit kerja, ia tidak dibenarkan. Hendak masuk pun tak boleh," katanya lagi.

Sumber: Abdul Hamid Bador dan BERNAMA



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS