Siaran Media

[UPDATE] VIDEO TULAR: TUJUH LELAKI DITAHAN HALANG DAN MAKI ANGGOTA POLIS

Georgetown, 19 Januari 2021 - Polis Pulau Pinang menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa kemalangan membabitkan dua remaja di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong berkata, kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Patani dan Tanjung Tokong.
Katanya, tujuh suspek berkenaan ditahan selepas dipercayai menggunakan kekerasan terhadap anggota polis semasa mereka menjalankan tugas.

Tuan Soffian berkata, tujuh lelaki itu akan direman hari ini (Selasa) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Selain itu, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sumber: IPD Timur Laut, Pulau Pinang dan Astro Awani




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS