Siaran Media

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM


• Semalam, sebanyak 3,537 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,270 anggota telah melakukan 68,199 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.
• Sebanyak 6,136 restoran, 2,656 penjaja, 4,527 pasar raya, 3,833 bank, 1,580 kilang, 3,438 tempat ibadah, 2,019 pasar awam/tani, 1,583 tempat riadah dan 966 pejabat kerajaan telah diperiksa.
• Semalam, PDRM juga telah menahan 460 individu atas kesalahan ingkar SOP.
• Daripada jumlah itu, 388 telah dikompaun manakala 70 individu direman dan dua (2) dijamin.
• Antara kesalahan ingkar SOP termasuk:
• Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (135)
• Tiada penjarakan fizikal (109)
• Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (68)
• Tidak memakai pelitup muka (63)
• Aktiviti pelacuran/rumah urut (20)
• Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (20)
• Aktiviti pusat hiburan (12)
• Lain-lain (33)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (25 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS