Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

KENYATAAN MEDIA MENTERI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (HLC MAPO) Bilangan 1 Tahun 2021.
Sumber:

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KENYATAAN MEDIA MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (HLC MAPO) BIILANGAN 1 TAHUN 2021

1. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (High Level Committee - HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah bersidang pada 31 Mac 2021 dan dihadiri oleh wakil-wakil dari 21 kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat.

2. Dalam Mesyuarat HLC MAPO yang pertama bagi tahun 2021 ini, sebanyak dua kertas pemakluman telah dibentangkan iaitu;

i. Status Tindakan Cadangan 15 Perkara Penambahbaikan berkaitan Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) Mengenai Pemerdagangan Orang; dan
ii. Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang Tahun 2021-2025 / NAPTIP 3.0.

3. Melalui kertas pembentangan yang pertama, Mesyuarat HLC MAPO mengambil maklum langkah-langkah penambahbaikan yang telah serta akan diambil bagi menambah baik reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa berhubung isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

4. Tindakan tegas dan konsisten berdasarkan lunas perundangan telah diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah Pemerdagangan Orang, Penyeludupan Migran dan Jenayah Terancang, termasuk dalam kalangan penjawat awam.

5. Selain itu, Mesyuarat HLC juga telah memperakukan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (National Action Plan on Anti-Trafficking in Persons 2021-2025) atau “NAPTIP 3.0” sebagai dokumen strategik kerajaan yang menggariskan segala perancangan serta usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia bagi tempoh 5 tahun ke hadapan.

6. Sehubungan itu, Mesyuarat HLC MAPO menyeru agar semua pihak untuk terus komited melaksanakan amalan perburuhan yang baik (good labour practice) bagi mengelakkan daripada tindakan perundangan yang boleh menjejaskan eksport produk ke pasaran luar negara.

DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Dalam Negeri 31 Mac 2021,
Putrajaya
No photo description available.
May be an image of text that says '5. Selain itu, Mesyuarat HLC juga telah memperakukan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (National Action Plan on Anti-Trafficking in Persons 2021-2025) atau 'NAPTIP 3.0' sebagai dokumen strategik kerajaan yang menggariskan segala perancangan serta usaha bagi membanteras pemerdagangan orang Malaysia bagi tempoh 5 tahun ke hadapan. 6. Sehubungan itu, Mesyuarat HLC MApO menyeru agar semua pihak untuk terus komited melaksanakan amalan perburuhan yang baik (good labour practice) bagi mengelakkan daripada tindakan perundangan yang boleh menjejaskan eksport produk ke pasaran luar negara. DATO' SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN Menteri Dalam Negeri 31 Mac 2021, Putrajaya'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS