Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

KENYATAAN MEDIA KPD PETALING JAYA

Gara-gara Cemburu, Kanak-kanak Perempuan Dipukul Rakan Sekolah.
Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

May be an image of text that says 'IBU PEJABAT POLIS DAERAH PETALING JAYA SIARAN MEDIA ACP MOHAMAD FAKHRUDIN BIN ABDUL HAMID KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYA GARA-GARA CEMBURU, KANAK KANAK PEREMPUAN RAKAN PADA 27 JUN 2021 (AHAD) JAM LEBIH KURANG 9.26 MALAM, POLIS PETALING JAYA TELAH MENERIMA LAPORAN DARIPADA SEORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN WARGANEGARA TEMPATAN BERUMUR 12 TAHUN MENGENAI KEJADIAN DIPUKUL OLEH SEORANG KANAK- KANAK PEREMPUAN WARGANEGARA TEMPATAN BERUMUR LINGKUNGAN 12 TAHUN HINGGA 13 TAHUN YANG MERUPAKAN RAKAN SEKOLAH KERANA CEMBURU HUBUNGAN PENGADU DENGAN ABANG ANGKAT IAITU SEORANG LELAKI WARGANEGARA TEMPATAN. PENGADU TELAH MENGALAMI KECEDERAAN DI BAHAGIAN KEPALA DAN BADAN AKIBAT DARIPADA KEJADIAN TERSEBUT.'

May be an image of text that says 'HASIL SIASATAN AWAL MENDAPATI KEJADIAN TELAH BERLAKU DI KAWASAN TANGGA PERUMAHAN PANGSAPURI DI KAWASAN KELANA JAYA, PETALING JAYA, SELANGOR. SEMASA KEJADIAN, TERDAPAT RAKAN SASPEK YANG MERAKAMKAN PERBUATAN SASPEK SERTA TELAH MENULARKANNYA KEPADA GROUP APLIKASI WHATSAPP DAN LAMAN INSTAGRAM MILIK SASPEK. KES TERSEBUT TELAH DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN. ARAHAN UNTUK MENJALANKAN SIASATAN TELAH DIPEROLEHI DARIPADA TIMBALAN PENDAKWARAYA DAN KESEMUA SASPEK YANG TERLIBAT TELAH DIKENALPASTI UNTUK SIASATAN LANJUT. PIHAK POLIS MENASIHATKAN KEPADA MASYARAKAT SUPAYA MENGHENTIKAN PENULARAN RAKAMAN VIDEO TERSEBUT MEMANDANGKAN KES MASIH DALAM SIASATAN. TAMAT- DIKELUARKAN PADA 28 JUN 2021 (ISNIN), JAM 4.00 PETANG'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS