Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan mesej tular di aplikasi Whatsapp berkaitan tuntutan RM50/sehari (melalui MySalam) bagi pesakit COVID-19 positif yang dikuarantin boleh dibuat melalui pautan Refund COVID.
Sebarang tuntutan berkaitan dengan Bantuan Prihatin MySalam COVID-19 (RM50/sehari) perlu dimohon melalui https://www.mysalam.com.my/b40/public/ atau hubungi pusat panggilan MySalam di talian 1300888938 untuk pertanyaan lanjut.