Video Tular Menunjukkan Aksi Marshal Membuat Kawalan Dan Memberhentikan Kenderaan Di Lampu Isyarat Sua Betong Daerah Port Dickson.
Sumber:
Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson
KENYATAAN MEDIA YDH KETUA POLIS DAERAH PORT DICKSON

Tarikh : 23/11/2021 (Selasa)

UPDATE VIDEO TULAR MENUNJUKKAN AKSI MARSHAL MEMBUAT KAWALAN DAN MEMBERHENTIKAN KENDERAAN DI LAMPU ISYARAT SUA BETONG DAERAH PORT DICKSON

Pada 23/11/2021 antara jam 0030 Hours dan 0245 Hours bertindak atas maklumat sepasukan Polis Trafik dari IPD PD telah menahan 2 / Lelaki /India yang terlibat dalam rakaman tersebut

2 lelaki berkenaan masing-masing berumur 26 dan 27 tahun dan masih bujang bekerja sebagai Pembantu Firma Guaman dan Penyelia Kilang

Kedua-dua tangkapan dilakukan di jalan kawasan Port Dickson dan Kawasan Springhill Lukut

Turut dirampas adalah ( 2 ) buah m/sikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar , pakaian dan kasut yang digunakan dan semasa rakaman di buat.

Kedua-dua lelaki berkenaan di tahan di Balai Trafik IPD PD bagi siasatan lanjut.

Usaha mengesan 4 individu yang bertindak sebagai marshal masih lagi dijalankan.
Daripada,

SUPT. AIDI SHAM BIN MOHAMED
(Ketua Polis Daerah Port Dickson)