Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

ARTIKEL PILIHAN: ROKOK SELUDUP RM2 JUTA DIRAMPAS, 2 SUSPEK TERMASUK 'TONTO' DITAHAN

Kota Tinggi, 25 September 2022 - Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di lampu isyarat simpang empat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, dua lelaki turut ditahan sepasukan polis dari Unit Risikan Pasukan Simpanan Persekutuan dan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, Bukit Aman.
Katanya, selain pemandu lori berusia lingkungan 40-an, seorang lagi yang ditahan berusia 20-an dipercayai 'tonto' yang memandu kereta jenis Toyota Vios.
Beliau berkata, Toyota Vios itu tiba tidak lama selepas lori dengan muatan rokok itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mengesyaki pemandunya itu berperanan sebagai 'tonto'. Mengulas lanjut, katanya pemeriksaan dalam ruangan belakang lori menemukan 131 kotak besar rokok putih dan 92 kotak besar rokok kretek yang disyaki tiada duti kastam. "Nilai rampasan rokok RM1,906,100 dan kita percaya semua stok itu diseludup daripada negara luar melalui jalan laut. "Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,006,100," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../rokok-seludup-rm2-juta...

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS