Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

[ARTIKEL PILIHAN] ISU TULAR: PELAJAR ROSAKKAN HARTA SEKOLAH JALANI KHIDMAT KOMUNITI

Georgetown, 19 Februari 2023 - Sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme di dalam bangunan sebuah sekolah menengah di Seberang Perai Selatan akan dikenakan khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, tindakan itu bagi memastikan perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan sewajarnya sedang diambil oleh pihak sekolah dan sekumpulan pelajar terlibat telah dipanggil bersama waris mereka pada Sabtu bagi membincangkan isu tersebut.

"Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../pelajar-rosakkan-harta...

Sumber: Sinar Harian

May be an image of 2 people and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS