Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

VIDEO TULAR: AKSI KEJAR-MENGEJAR MPV DENGAN KENDERAAN AWAM

Polis Daerah Johor Bahru Utara telah menerima satu laporan polis pada 24 Julai 2024 jam 11.20 malam berkaitan insiden kejar-mengejar di antara MPV polis dengan kenderaan awam yang berlaku di Jalan Impian Emas, Skudai, Johor.
Suspek seorang lelaki telah berjaya ditahan bersama seorang wanita kedua-duanya warga tempatan. Hasil saringan urin kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS