Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN IRING DYTM RAJA MUDA SELANGOR CEMAR DULI SEMPURNAKAN PERASMIAN BALAI POLIS BANDAR COUNTRY HOMES

 
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj bercemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes.

Balai Polis Bandar Country Homes, Rawang, Selangor merupakan sebuah pusat kepolisan yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Bermula dengan identiti sebagai Balai Polis Komuniti dengan kekuatan hanya seramai 11 orang, ia telah dinaik taraf sebagai balai polis induk pada 1 Julai 2024 dengan kekuatan seramai 37 orang, diketuai seorang pegawai kanan berpangkat Inspektor dan dibantu oleh 35 pegawai rendah polis serta seorang pegawai awam.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS