Ikuti sedutan rakaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain menerima kunjungan daripada Pengurus Penguatkuasaan Undang-Undang TikTok bagi Asia Tenggara, Puan Elisabeth Potuijt di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berbincang tentang kerjasama membanteras jenayah di media sosial, termasuk cabaran baharu seperti penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), penyamaran identiti palsu dan penyebaran jenayah dalam talian.
JSJ juga komited membanteras jenayah di TikTok seperti eksploitasi seks kanak-kanak, pelacuran, senjata tiruan dan perjudian dalam talian.