Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI NNCC


Bukit Aman, 15 Oktober 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi National Narcotic Control Commission (NNCC), China yang diketuai Director of Investigation Division, Narcotics Control Bureau, Ministry of Public Security, Mr. Lin Huihuang di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, kelmarin.

Kunjungan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China, khususnya dalam aspek kerjasama membanteras jenayah narkotik di peringkat serantau dan antarabangsa. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan serta berkongsi amalan terbaik dalam usaha memperhebat tindakan memerangi ancaman dadah rentas sempadan.

Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, barisan Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah Narkotik JSJN Bukit Aman dan barisan pegawai NNCC.












May be an image of ‎television, newsroom and ‎text that says '‎2 ل jsjnpdrmofficial jsjnpdrm_official jsjnpdrm_ official f Jabatan Siasatan JabatanSsasatanJenayahNarkotkPD Jenayah Narkotik PDRM DADAH ADA @JSJNPDRM MUSUH NECAL‎'‎‎


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS