Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

TIMBALAN KPN HADIR MESYUARAT PASCA KABINET KDN BILANGAN 22 TAHUN 2025


Kuala Lumpur, 15 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 22 Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, pagi tadi.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.

Antara intipati utama mesyuarat yang diadakan ialah pembentangan oleh wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkaitan bidang tugas masing-masing selain membincangkan pelbagai isu semasa melibatkan aspek keselamatan serta ketenteraman awam.

Turut hadir, barisan Timbalan Ketua Setiausaha KDN dan Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar









May be an image of one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS