Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIR MESYUARAT PASCA KABINET KDN BILANGAN 22 TAHUN 2025


Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 22 Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.

Antara inti pati utama mesyuarat yang diadakan ialah pembentangan oleh wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkaitan bidang tugas masing-masing selain membincangkan pelbagai isu semasa melibatkan aspek keselamatan serta ketenteraman awam.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Afiq Abdullah


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS