Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

PDRM TERIMA ANUGERAH INTEGRITI AIGA 2025



Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya diiktiraf sebagai penerima Anugerah Perak (Sektor Awam) bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) atas komitmen berterusan dalam memperkukuh budaya integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam organisasi.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sempena Majlis Amanat Perdana Integriti dan AIGA 2025 bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Penganugerahan ini mencerminkan usaha berterusan PDRM dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti tinggi di setiap peringkat warga pasukan, selaras dengan visi organisasi sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang yang beramanah, telus dan profesional.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS