Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 - Unit Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lawatan daripada delegasi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang diketuai oleh Pengarahnya, Encik Ramzi Abdillah di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Pengarah Muzik PDRM, Superintenden Mohd Fazilah Mohamad Noor bersama timbalannya, DSP Mesmoro Edward.
Lawatan tersebut bertujuan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan struktur organisasi serta tatacara pemakaian pakaian istiadat Pancaragam PDRM, selain memperkukuh jalinan kerjasama PDRM dengan DBKU.
Turut hadir, Pemangku Pengarah Muzik Pusat PDRM, Inspektor Muhammad Farhan Mohamad Safiruddin dan warga kerja Unit Pancaragam PDRM serta DBKU.
Sumber: Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia