Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

[ARTIKEL PILIHAN] SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-47: PENUGASAN TERBESAR PDRM, TURUT PANTAU KESELAMATAN SIBER, KAWALAN UDARA



Kuala Lumpur, 23 Oktober 2025 - Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menyaksikan penugasan keselamatan terbesar pernah dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sejarah penganjuran acara antarabangsa di negara ini.

Bagi acara sebesar itu, lebih 10,000 pegawai dan anggota PDRM dikerah bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang persidangan berlangsung.

Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, berkata penugasan besar-besaran itu membabitkan pelbagai jabatan dan unit taktikal PDRM yang beroperasi di lokasi strategik termasuk Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur serta hotel penginapan rasmi delegasi antarabangsa.

Katanya, raptai persiapan (dry run) yang dijalankan bermula pagi tadi berjalan lancar dan teratur, sekali gus memperlihatkan tahap kesiapsiagaan tinggi semua agensi keselamatan serta pengurusan yang terbabit.

"Seramai 10,170 pegawai dan anggota digerakkan daripada pelbagai jabatan serta unit taktikal bagi memastikan keselamatan dan kelancaran sepanjang tempoh persidangan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

"Pergerakan tetamu-tetamu kita dari hotel ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur berjalan lancar dan pengumuman awal oleh pihak trafik kepada umum turut membantu melancarkan perjalanan keseluruhan delegasi," katanya pada sidang media selepas meninjau raptai delegasi sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../sidang-kemuncak-asean-ke...

Sumber: Berita Harian











PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS