Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

POLIS IPD SELAMA BANTU MANGSA BANJIR KE PPS



Sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama yang diketuai oleh ketua polis daerahnya, Superintenden Sarudin Hj. Samah turun padang membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di beberapa penempatan di daerah berkenaan.

Mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Ali Rouse, Kampung Ulu Sepetang, Dewan Orang Ramai Kampung Ulu Sepetang dan Surau Al Hidayah, Kampung Pondok Quin bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.

Tugas dan tanggungjawab tidak pernah terhenti, Polis Diraja Malaysia sentiasa hadir membantu masyarakat yang dilanda musibah demi keselamatan serta kesejahteraan semua.









PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS