Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

ARTIKEL PILIHAN: 'PENGGANAS RANCANG 26 SERANGAN DI MALAYSIA SEJAK 2016' – TIMBALAN KPN



Kuching, 28 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan 26 cubaan kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan di negara ini dalam tempoh sembilan tahun sejak 2016 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata siasatan mendapati semua rancangan serangan itu sudah berada pada fasa akhir ketika berjaya dikesan polis.

"Ada yang sudah menyiapkan bahan letupan, bom tangan malah ada juga yang sudah bersiap dengan senjata api.

"Namun kita (Malaysia) beruntung kerana ada satu pasukan iaitu E8 Cawangan Khas PDRM yang bertindak dengan cepat," katanya ketika ditemui selepas sesi wacana bersama Yayasan Pembangunan Buku Kebangsaan (NBDF) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Tan Sri Ayob Khan berkata, polis turut melakukan banyak tangkapan di negara ini khususnya selepas insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada 17 Mei tahun lalu.

"Baru-baru ini pun polis menangkap warga asing yang ada elemen pengganas dan dikenal pasti terbabit dalam kumpulan IS.

"Kita dapat maklumat perisikan dan kita dapat memastikan tindakan awal diambil sebelum mereka melancarkan serangan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pengganas-rancang-26...

Sumber: Berita Harian

'Pengganas rancang 26 serangan di Malaysia sejak 2016' | Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS