Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang bersama pasukan sahabat giat menjalankan pemantauan dan membantu memindahkan mangsa banjir yang melibatkan 34 buah kampung di Daerah Pendang sejak empat hari lalu.
Kesemua mangsa berjaya dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Kebangsaan Tunku Intan Syafinaz, dan Sekolah Kebangsaan Ayer Putih, Pendang.
Polis Diraja Malaysia komited memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk kekal menjadi keutamaan dalam setiap usaha bantuan di kawasan terjejas banjir.