Keprihatinan dan rasa tanggungjawab kepada masyarakat terserlah apabila Ketua Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, ASP Arisanti Aziz tampil menghulurkan bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di Jalan Bukit Padang, Minitod, Penampang, Sabah, pagi tadi.
Beliau yang dalam perjalanan menuju ke mesyuarat luar jabatan telah berhenti tanpa ragu untuk membantu mangsa yang cedera di bahagian kaki dan memberikan rawatan awal selain menenangkan keadaan sementara menunggu kehadiran ambulans.
Tindakan spontan yang sarat dengan nilai kemanusiaan ini menggambarkan semangat sejati warga Polis Diraja Malaysia yang sentiasa bersedia membantu, menyantuni masyarakat dan memastikan kesejahteraan orang ramai terpelihara.
'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'