Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

VIDEO PILIHAN: KUNJUNGAN HORMAT DAN TAKLIMAT OLEH IPSOM KDN DAN PASUKAN PENYELIDIK KE ATAS TIMBALAN KPN



Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama pasukan penyelidik di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Keselamatan) IPSOM, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan bertujuan mentaklimatkan beliau berkenaan kajian empirikal di bawah KDN bagi Tahun 2025 yang meliputi pelan tindakan menangani ancaman dadah, substan dan ancaman pasukan jenayah siber negara yang dilakukan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Mara serta Universiti Sains Islam Malaysia.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS