Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Tiktok @azwajohari_ atas penghargaan yang dizahirkan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), kerana telah membantu menolak kenderaan miliknya yang kehabisan minyak, di jalan bandar Kuala Lumpur, semalam.
Setiap bantuan kecil yang diberikan memberi makna besar, menunjukkan sikap prihatin anggota PDRM dalam memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara.
Sumber: TikTok @azwajohari_