Ikuti sedutan rakaman, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bagi Persidangan Agung Tahunan Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRD) Tahun 2025 yang bertemakan “Satu Suara, Satu Uniti” menjadi simbol penyatuan serta pemangkin kepada ketetapan penggulungan mesyuarat tahunan kali ini.
Platform tahunan ini memberi ruang kepada para perwakilan dari kontinjen dan formasi seluruh negara untuk mengutarakan pelbagai isu berkaitan kebajikan, kesejahteraan serta keharmonian warga PDRM, di samping memilih barisan kepimpinan baharu bagi kedua-dua persatuan untuk sesi 2025–2027.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
