Pusat Latihan Polis Jalan Gurnay dalam tahun 1945
Penyerahan tentera Jepun pada bulan Ogos 1945 telah diikuti dengan pembentukan "British Military Administration" (BMA) untuk mentadbir Tanah Melayu. "Civil Affair Police Force" (CAPF) pula telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan. H.B. Longworthy telah menjadi ketua pasukan tersebut.
Pembentukan pasukan ini dalam bulan September 1945 menandakan satu titik peralihan yang penting dalam sejarah perkembangan institusi polis di Malaya. Ini merupakan kali pertama satu pasukan polis yang tunggal dengan pentadbiran pusat diwujudkan untuk meliputi seluruh Tanah Melayu .
Sebagai langkah awal untuk memulihkan institusi polis di Tanah Melayu, kursus-kursus latihan intensif telah dimulakan di Polis Depot Kuala Lumpur. Menjelang tahun 1946 seramai 1,512 anggota polis dari seluruh Tanah Melayu telah menjalani kursus-kursus latihan semula (Refresher Courses) di Kuala Lumpur. Pengambilan rekrut baru dimulakan pada minggu pertama bulan Januari 1946. Seramai 700 orang anggota baru telah dilatih untuk menjalani latihan iaitu 500 orang di Polis Depot Kuala Lumpur dan 200 orang di Polis Depot Johor Bahru. Sambutan terhadap pengambilan rekrut begitu menggalakkan sehingga 85 peratus daripada permohonan ditolak.

Pasukan Polis Kontinjen Latihan Polis Jalan Gurney Kuala Lumpur yang mengambil bahagian dalam perbarisan kemenangan 1945

Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney sekarang Jalan Semarak) tahun 1945

Anggota-anggota Polis Persekutuan Tanah Melayu dalam satu perbarisan di Taiping pada tahun 1953

Anggota-anggota Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis, Jalan Gurney Kuala Lumpur pada tahun 1945

Anggota Polis Persekutuan Melayu sedang bertugas di pejabat pertanyaan dalam tahun 1950