Struktur

PDRM mempunyai 4 susun lapis struktur organisasi, iaitu:- 

  









Peringkat Persekutuan
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (Bukit Aman). Ianya merupakan pusat pentadbiran PDRM seluruh negara. Di sinilah terletaknya pejabat Ketua Polis Negara dan lain-lain pucuk pimpinan PDRM.   







Peringkat Kontinjen (Negeri)
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) terdapat 14 Kontinjen yang masing-masing diketuai oleh Pesuruhjaya Polis bagi Kontinjen Sabah dan Sarawak dan Ketua Polis Negeri bagi lain-lain kontinjen.








Peringkat Daerah
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Daerah (IPD). Terdapat 148 daerah pentadbiran polis di seluruh negara. Setiap daerah diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD). Pangkat jawatan KPD bergantung kepada saiz sesuatu daerah polis.

 






Peringkat Balai
Dikenali sebagai balai polis. Setiap balai polis diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan setinggi-tingginya berpangkat Inspektor. Terdapat 837 buah balai polis di seluruh negara.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS