Darurat (1948 - 1960)

Selepas tentera Jepun menyerah diri, gerila-gerila komunis keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa di beberapa kawasan. Namun demikian dalam beberapa minggu berikutnya pihak pentadbiran Tentera British (BMA) telah mengambil alih kuasa bagi kerajaan British. Pada masa yang sama Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) dibubarkan. Anggota-anggotanya seramai 6,800 orang telah menerima wang sebanyak $350/- seorang semasa menyerah senjatapi mereka. 

 
Mangsa-mangsa keganasan Komunis
 

Kebakaran di kilang getah Aik Hoe akibat perbuatan Komunis
 

Sehubungan ini PKM cuba mendirikan sebuah negara komunis di Tanah Melayu. Dengan itu anggota PKM mula meresapi pelbagai pertubuhan politik, belia dan kesatuan sekerja di samping bergiat cergas dalam PKM yang masih halal ketika itu. Setelah mendapat arahan dari Comintern dan merasakan perjuangan cara politik telah gagal, PKM mengalih corak perjuangan dengan pemberontakan bersenjata, iaitu sejajar dengan prinsip perjuangan Mao Tse Tung yang lebih yakin kepada perjuangan kekerasan bersenjata.

PKM pimpinan Chin Peng (yang mengambil alih dari Loi Teck yang menghilangkan diri dengan sejumlah wang) telah   melancarkan keganasan mulai pertengahan tahun 1948. Mereka membunuh pengurus-pengurus bangsa Eropah, memusnahkan pokok getah dan lombong, menyerang balai-balai polis dan anggota-anggota pasukan keselamatan. Untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu, mereka menjalankan operasi yang di gelar "Bumi Hangus". 

          
Keretapi turut menjadi sasaran pengganas komunis

Kenderaan Berperisai yang digunakan oleh anggota polis untuk mengawal landasan keretapi

Makanan dan minuman disediakan oleh pihak kerajaan sewaktu proses pemindahan

Keretapi merupakan pengangkutan yang penting dalam proses pemindahan ke  kampung-kampung

Penduduk Kampung Baru Sungai Nipah,  Perak sedang menerima makanan yang disediakan oleh kerajaan dan penduduk kampung

Lori digunakan dalam proses pemindahan

Pusat Latihan 'Special Contable' di Tanjong Keling, Melaka

Sebahagian daripada anggota Konstabel Khas (S.C)

Pasukan Pengawal Kampung Wanita (Home Guard)

Penduduk  Sungai Nipah (New Village) Perak sedang menerima makanan

Pasukan 'Home Guard' bangsa Cina

Setelah keadaan menjadi begitu buruk, Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara mulai tahun 1948. PKM juga diharamkan.

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk memerangi komunis di seluruh negara. Satu langkah utama ialah dengan menyelaras gerakan ketenteraan, menempatkan semula orang-orang Cina ke kampung-kampung baru, memperkenalkan kad pengenalan, perintah berkurung, menjalankan perang saraf dan operasi psikologi, selain meningkatkan keberkesanan pengumpulan inteligen tentang komunis dengan menubuhkan Cawangan Khas yang diletakkan di bawah kawalan pasukan polis.

Oleh kerana masalah pemberontak adalah masalah dalam negeri,  Polis Persekutuan Tanah Melayu diberikan tanggungjawab untuk mengawalnya. Di kemuncak kebangkitan komunis (1950), Pasukan Polis dengan kekuatan 161,281orang yang terdiri daripada  31,164 anggota polis tetap, 44,117 polis khas dan 86,000 polis bantuan merupakan pasukan keselamatan yang terbesar kerana angkatan tentera hanya mempunyai 10 batalion infantri (2 batalion Tentera British, 5 batalion Tentera Gurkha dan 3 batalion Askar Melayu).

Pasukan Polis bertindak dan memainkan peranan utama dalam merancang strategi untuk menentang komunis. Pasukan Polis memburu dan menghapuskan komunis di hutan, di desa dan juga di bandar. Dalam usaha menjayakan gerakan menentang komunis, Cawangan Khas (Special Branch) selaku badan perisikan utama negara telah bertindak dengan tangkas dan cekap. Pihak polis juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan perang saraf terhadap komunis. Peranan pasukan polis dalam masa darurat adalah amat jelas jika dilihat pada jumlah anggotanya yang terkorban iaitu seramai 1,346 berbanding dengan pasukan keselamatan yang lain hanya 519 sahaja. Setelah merasakan dirinya bagitu lemah PKM mengundurkan saki baki tenteranya ke kawasan sempadan persekutuan Tanah Melayu - Thailand. Dari sana PKM berusaha mengumpulkan dan memulihkan semula kekuatannya.


Anggota 'Special Constable' sedang Bertugas


Pemeriksaan dibuat terhadap kenderaan

 
Anggota 'Special Constable' dalam satu gerakan

Pasukan Polis Marin sedang membuat
pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan

Demonstrasi anti-pengganas di
Pahang pada tahun 1957
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS