Sir Gerald Templer Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu
Kerajaan British di London telah memilih Jeneral Sir Gerald Templer bagi menggantikan Sir Henry Gurney. Beliau diberikan tugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi dan juga sebagai Pengarah Operasi. Ini bermakna beliau bertanggungjawab mentadbir Malaya dan mengarahkan gerakan menentang ancaman komunis pada masa yang sama. Jen. Templer tiba di Malaya pada 7 Februari 1952. Beliau mengumumkan bahawa terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian berat dengan serta merta iaitu:
-
Penyusunan semua Pasukan Polis dan perubahan dalam peranannya.
-
Penubuhan sebuah organisasi perisikan yang baik; dan
-
Perkhidmatan penerangan termasuklah penyiaran dan perfileman perlu diselaraskan serta digunakan untuk perang saraf (Psychological Warfare)
Pesuruhjaya Polis bagi bandaraya London, Kolonel Arthur E. Young telah dihantar ke Malaya untuk bertugas selama setahun sebagai Pesuruhjaya Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Beliau bersama Templer memainkan peranan penting dalam pembentukan pasukan polis yang kini wujud di negara ini.
Organisasi Semula Ibu Pejabat Polis
Pada bulan Mei 1952 bentuk organisasi baru bagi pentadbiran Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu yang direncana oleh Kol. Young telah diumumkan. Dalam bentuk baru ini, Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu dibahagikan kepada lima jabatan iaitu:
-
Jabatan A
Menguruskan pentadbiran
Operasi Bersedia Berkhidmat
Lencana bersedia berkhidmat yang telah dilancarkan oleh Kol. Arthur E. Young, Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 15 Disember 1952
Kol. A.E. Young telah memperkenalkan `Operasi Bersedia Berkhidmat' pada 15 Disember 1952. Dalam `Commissioner's Instruction No. 36' beliau menyatakan;
"It has been our ironic misfortune that because of the emergency we have been compelled in the course of our duty to protect the public from terrorism by the imposition of restrictive ordinances rather than by cooperation and trust. Whilst the need exists the protection of the public from all forms of terrorism will remain our foremost preoccupation, nevertheless we will simultaneously take every opportunity to show evidence of a desire to become a service to the public, both respected and esteemed".
Satu lencana khas telah dikeluarkan untuk menandakan `Gerakan Bersedia Berkhidmat'. Lencana ini dipakai oleh setiap pegawai dal dalam pasukan sehingga ke hari ini.
Satu lagi langkah yang penting ialah menukarkan nama Rumah Pasung kepada`Balai Polis'. Penukaran ini telah membant hilangkan pandangan dan sikap negatif terhadap Polis.

Sir Gerald Templer diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Kolonel Young, memeriksa barisan kehormatan semasa merasmikan pembukaan Maktab Polis Kuala Kubu Baru dalam tahun 1953

Perasmian Maktab Polis Kuala Kubu Bahru oleh General Sir Gerald Templer pada tahun 1953. Berpakaian baju Melayu ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan Salehuddin Abd. Azizi Shah

Juruiring yang terdiri daripada anggota Cawangan Trafik kepada Pesuruhjaya Tinggi ke Tanah Melayu Sir Gerald Templer pada tahun 1953