Malayanisasi

Malayanisasi adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada rancangan menggantikan pegawai-pegawai Inggeris yang telah bertugas dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam di Persekutuan Tanah Melayu oleh pegawai-pegawai tempatan. Rancangan ini dimulakan pada tahun 1956.

Proses Malayanisasi yang sebenar mula dilaksanakan oleh W. L. R. Carbonell yang mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Polis daripada Young pada 7 April 1953. Pada 14 April 1953 telah diumumkan bahawa lima orang Penolong Penguasa Polis Tempatan dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Polis. Tahun berikutnya seramai 22 orang pegawai tempatan dijadikan Timbalan Penguasa Polis, iaitu satu jawatan  baru yang diwujudkan. Menjelang akhir bulan September 1954, terdapat dua orang anak tempatan yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negeri. Pegawai tersebut ialah Mohd Salleh bin Ismail di Negeri Sembilan dan Talib bin Lisut di Terengganu.

Menjelang hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, hampir seluruh pentadbiran ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan. Menjelang tarikh tersebut Kerajaan Persekutuan dianggarkan telah membelanjakan sebanyak RM10 juta dalam bentuk ganti rugi dan ganjaran kepada pegawai-pegawai asing.

Sikap kedua-dua Pesuruhjaya Polis yang terlibat iaitu En. W.L.R. Carbonell (1953-1958) dan En. C.H.  Fenner (1958-1962) juga melicinkan proses tersebut. Kedua-duanya telah menjalankan dasar Malayanisasi dengan jujur,  serta  licin perlaksanaannya. Akibatnya, keberkesanan Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu  tidak terjejas, malahan dapat disesuaikan dan dimajukan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi kemudiannya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS