Melaka di bawah British

Pada mulanya British diminta mentadbir Melaka buat sementara waktu iaitu apabila raja Belanda terpaksa melarikan diri ke England kerana negaranya ditakluki oleh Perancis. Dengan itu, British mengambil hak ke atas Melaka atas nama sahabatnya. Hal ini menyebabkan berlakunya sedikit perubahan ke atas corak pentadbiran Melaka. Kapten Farquhar dilantik sebagai Gabenor Tentera British tetapi pegawai-pegawai Belanda yang lain terus dikekalkan jawatan mereka. Majlis Keadilan dan Burgher Guard terus bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman awam. 

Apabila Raja Belanda kembali menaiki takhta Belanda dalam tahun 1819, Melaka diserahkan kembali kepada Belanda. Akan tetapi, dengan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang ditandatangani di London, British menyerahkan segala kepentingannya di Jawa dan Sumatera dan mendapat segala kepentingan Belanda (termasuk Melaka) di Tanah Melayu.

Mulai tahun 1825 bermulalah pentadbiran awam British di Melaka. Sebuah pasukan polis kemudiannya telah dibentuk. Pada mulanya sistem polis `Burgher Guard' Belanda dikekalkan oleh British. Seorang pegawai Inggeris, W.T. Lewis telah dilantik sebagai Penguasa Polis. Kekuatan Pasukan Polis Melaka di bawah Lewis ialah 63 orang. Ini termasuklah dua orang konstabel Eropah iaitu W . Van Heusen dan J. Endroff, empat ketua Burgher Guard, 28 peon dan 21 penghulu. Jumlah gaji yang dibayar untuk semua anggota ialah 1,025 rupee sebulan. Van Heusen, konstabel kanan dibayar 60 rupee sebulan sementara peon dan penghulu pula dibayar sehingga sepuluh  rupee sebulan selain sepuluh peratus daripada kutipan hasil tanah.

Tugas Lewis sebagai Penguasa Polis adalah menyeluruh. Dia bertanggungjawab juga ke atas pasukan bomba, kawalan ke atas pasar dan juga perairan. Di samping itu dia juga bertindak sebagai Penguasa Tanah dan Pengutip Hasil. Memandangkan lanun adalah masalah jenayah utama   ketika itu, Lewis mencadangkan penubuhan pengkalan-pengkalan tetap   balai-balai polis yang berfungsi separa-tentera. Residen ketika itu, Samuel   Garling, hanya bersetuju pos polis ditubuhkan di Pulau Besar dan mengarahkan Lewis merekrut Peon untuk mengawal balai-balai di Merlimau dan Sungai Linggi.

Lewis adalah pengasas Pasukan Polis Melaka. Dengan usahanya yang bersungguh-sungguh dia menjadikan Polis Melaka sebagai sebuah pasukan yang tercekap di antara Pasukan-pasukan Polis Negeri-Negeri Selat lainnya.

 

Pusat Latihan Polis Melaka (di Bandar Hilir). Kelihatan pelatih-pelatih menjalani latihan dalam tahun 1929.

 Rumah kelamin anggota polis dalam tahun 1906.

 

Perbarisan kadet polis negeri Melaka dalam tahun 1930

 

Balai Polis (lama) Jasin dibina sebelum Perang Dunia Kedua

 

Balai Polis Tengkera, Melaka 

 

Balai Polis Batang Tiga, Melaka 

 

Balai Polis Melaka Tengah


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS