Melaka di bawah Portugis dan Belanda

Pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya menakluki Melaka. Menurut Tome Pires, penulis Portugis yang menghasilkan 'Suma Oriental' sistem pentadbiran lama masih digunakan untuk mengawal penduduk-penduduk Asia di situ. Penjajah Portugis mentadbir Melaka secara ketenteraan. Segala kerja dan tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511 Melaka telahpun menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis lebih senang mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Di bawah sistem ini suku-suku kaum akan diletakkan di bawah seorang ketua kaum. Ketua ini bertindak sebagai intitusi polis untuk menjaga kekuasaannya. Perkataan "Kapitan" berasal dari bahasa Sepanyaol dan ada kemungkinan sistem itu digunakan di tanah jajahan Portugis lainnya.


Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari tangan Portugis pada 14 Januari 1641. Belanda juga memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping meneruskan sistem ber'kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis dahulu. Apabila penduduk Eropah bertambah dan wujudnya keperluan kepada anggota polis maka sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah pribumi tempatan. Pasukan polis itu bertanggungjawab kepada Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu juga menjalankan tugas-tugas polis semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda.

 

Pada Tahun 1795 Melaka sekali lagi bertukar tangan apabila British pula diberi amanah untuk memiliki sementara tanah jajahan itu bagi pihak Raja Belanda yang terpaksa melarikan diri setelah Perancis berjaya menduduki Belanda.

 

 
Lukisan menggambarkan kedatangan orang Portugis ke Negeri Melaka pada tahun 1509. Bangsa Portugis merupakan orang Eropah pertama menjejakkan kaki ke Melaka.

 

Pemandangan Bandar Melaka oleh pelukis Portugis pada tahun 1511

 

 




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS