Pasukan Polis Johor

Pusat Latihan Polis Johor dalam tahun 1920

Dalam tahun 1910, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am Inggeris untuk menyusun semula pentadbiran Johor. Mulai tahun 1914, Penasihat Am diberi kuasa lebih akibat perjanjian diantara Johor dengan Britain.

Catatan sejarah menunjukkan bahawa pasukan polis telah pun wujud secara rasmi sejak sebelum ketibaan Penasihat Inggeris lagi. Pesuruhjaya Polis yang pertama ialah Dato' Bentara Luar. Beliau memegang jawatan tersebut mulai 1882. Sejak tarikh itu hingga 1912, jawatan Pesuruhjaya Polis Johor dipegang oleh pegawai Melayu.

G.P. Cuscaden, Pesuruhjaya Polis bangsa Eropah yang pertama mulai menjalankan tugasnya dalam tahun 1912. Beliau diberi tugas menyusun semula Pasukan Polis Johor mengikut konsep kepolisan moden. G.P. Cuscaden adalah seorang pegawai yang berkebolehan. Dalam tahun 1915, Pasukan Polis Johor mempunyai 16 pegawai dan 540 anggota pangkat rendah. Terdapat 4 pegawai dan 44 anggota pangkat rendah detektif. Cascaden digantikan oleh M.G. Simpson mulai tahun 1920.

Sejak disusun semula, Pasukan Polis Johor terus memperlihatkan kemajuan. Dalam tahun 1928, terdapat lebih 60 balai   Polis di seluruh Negeri. Dalam tahun 1937 "Police Depot" baru dibuka di Johor Bharu. Johor dibahagikan kepada tiga formasi polis yang dipanggil `lingkongan' (Circle) iaitu Muar, Batu Pahat dan Johor Bharu. Menjelang Perang Dunia Kedua, keanggotaan pasukan polis Johor telah meningkat ke seramai   1,400 orang. 


Insp Uda bin Awang dan anggota-anggota Polis Negeri Johor di hadapan Balai Polis Segamat, Johor - 1917

 

Pegawai dan anggota polis Johor di Pusat latihan Polis, Johor - 1920

 
Sarjan Mejar dan beberapa anggota polis Negeri Johor di luar bangunan  Balai Polis Segamat, Johor - 1925 


Sarjan Mejar Abdullah daripada Balai Polis Segamat, Johor - 1925 

 

Pasukan Polis Negeri Johor dalam tahun 1932

 

Pasukan Menembak Senapang Rifle "Warren Shield" Pusat Latihan Polis Johor tahun 1939

 

Kawalan Kehormatan Polis Negeri Johor pada tahun 1935

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS