Pasukan Polis Kedah

Gambar beramai-ramai selepas mesyuarat penyerahan setoi dan Perlis kepada Siam dihadapan Balai Besar Lama, Alor Setar, Kedah dalam tahun 1897.

Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu di utara Tanah Melayu terus berada dalam kawalan Siam sehingga tahun 1909. Kawalan ke atas Terengganu hanyalah nominal. Dengan termeterinya perjanjian 1909, kesemua negeri-negeri Melayu itu dipindahkan dari kawalan Siam ke bawah kuasa Inggeris.

Pasukan Polis Kedah dibentuk oleh Sultan Kedah dengan bantuan beberapa pegawai Eropah sebelum tahun 1909. Menjelang tahun 1909, kekuatan pasukan polis ini berjumlah 501 orang 260 orang Melayu, 134 orang India, 6 orang Cina dan 5 orang Siam. Ketua Polis Kedah pada masa itu ialah Tunku Ibrahim. Putera Raja ini dibantu oleh Pesuruhjaya Polis Mitchell yang bertempat di Kulim, dan Ketua Inspektor Joyce (Alor Setar). Apabila Mitchell bersara jawatannya tidak berganti, pentadbiran polis Kedah dibahagikan kepada dua wilayah iaitu utara dan selatan. Seorang Penolong Pesuruhjaya mengetuai wilayah utara sementara Joyce Speers di Wilayah Selatan. Apabila Tunku Ibrahim menjadi Raja Muda Kedah, baginda meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Kedah.

 

Mulai tahun 1922, kedua-dua  wilayah Polis Kedah Utara dan Selatan disatukan. Speers dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Kedah. Beliau dibantu oleh A. W. Hamilton sebagai Penolong Pesuruhjaya yang menjaga kawasan Utara dan P.K.Hazlitt menjaga kawasan Selatan Kedah. Sistem ini berterusan sehingga Negeri Kedah dibahagikan kepada tiga lingkongan/Wilayah (Circles) dengan Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim pada tahun 1929. Ibu Pejabat Polis Negeri terletak di Alor Setar. Apabila Speers bersara pada tahun yang sama A. W . Hamilton dilantik menggantikannya. Kekuatan pasukan polis Kedah pada tahun itu ialah 764 orang. Hampir kesemuanya adalah orang Melayu Kedah. Sejumlah kecil anggota polis Sikh digunakan untuk tugas-tugas kawalan di tempatkan di Alor Setar.

Menjelang Perang Dunia Kedua, anggota pasukan polis Kedah berjumlah 225 orang.


Perarakan ke sekeliling Bandar Alor Setar selepas pengistiharan Perlis dan Setoi kepada Kedah oleh Raja Siam - 1897. 
Kelihatan di kiri kanan jalan ialah pasukan kawalan keselamatan terdiri daripada anggota-anggota polis Kedah.

Kawalan kehormatan terdiri dari pasukan polis Negeri Kedah dalam tahun 1905

 

En. B.E. Mitchell (berbaju putih) bersama-sama beberapa anggota polis Negeri Kedah dalam tahun 1909

Kawalan kehormatan terdiri dari anggota-anggota polis Kedah sekembalinya DYMM Sultan Kedah dari lawatan ke England tahun 1927 

  

Sebahagian daripada anggota Polis Kedah. Duduk di kiri sekali ialah Tunku  Ibrahim, Ketua Polis Kedah tahun 1911-1914.

 

 B.E. Mitchell, Ketua Polis Kedah Utara tahun 1889-1910 

 

  A.W. Hamilton, Penolong Pesuruhjaya Polis Kawasan Utara  Kedah dalam tahun 1922

Anggota polis dan pengawal pengiring DYMM Sultan Kedah tahun 1962 (Motosikal jenis BSA Golden Flash 650 CC Twin)


Anggota Polis Sipahi sedang berkawat di hadapan Balai Polis Alor Setar, Kedah tahun 1922


Kini Balai Polis Trafik Alor Setar, Kedah

Pancaragam Polis Kedah dalam Tahun 1938

 

Balai Polis Sungai Petan ,Kedah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS