Pelatih konstabel berjalan meninggalkan asrama untuk menjalani latihan
Pada akhir tahun 1945 dan awal 1946 pihak British berusaha menubuhkan perlembagaan"Malayan Union" yang telah dirancangkan di London.Walaupun terdapat tentangan hebat terhadap rancangan ini yang dianggap sebagai usaha menukarkan kedudukan negeri-negeri Melayu kepada sebuah negara jajahan, rancangan ini dilaksanakan pada 1 April 1946.
Selaras dengan perkembangan ini, pada tarikh yang sama nama "Civil Affairs Police Force, Malay Peninsula" ditukar kepada Pasukan Polis Malayan Union (Malayan Union Police Force). Kakitangan, dasar dan organisasinya merupakan lanjutan dari apa yang telah diasaskan di bawah CAPE H.B. Longworthy dilantik sebagai Polis dan timbalannya ialah D.P. MacNamara.

Pelajaran undang-undang dibekalkan sewaktu dalam latihan

Anggota Polis Malayan Union sedang menjalani latihan

Latihan penggunaan senjatapi yang dibekalkan serta pengawalan senjatapi juga diberi latihan

Anggota Polis Malayan Union diberi latihan kawad