Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

 

 

1Anggota-anggota polis melayu dari Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersatu di awal pemerintahan British

Tahun 1874  satu detik penting dalam sejarah negara kerana bermulanya sistem Residen Inggeris di negeri-negeri Tanah Melayu yang dipelopori oleh negeri Perak. Dalam tahun 1892 lahirlah pula gagasan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, keempat-empat buah negeri tersebut disatukan dalam sebuah Persekutuan.

Pembentukan tersebut menyatukan pasukan pasukan polis negeri-negeri tersebut kedalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kewujudan pasukan polis itu adalah serentak dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang berkuatkuasa pada 1 Julai 1896.

Mengikut Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pasukan Polis, Kastam, Jabatan Ukur, Buruh dan Pertahanan diletakkan dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dibawah pemerintah tertingginya, iaitu Pesuruhjaya Polis. Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dijadikan sebagai Kontinjen Polis dan diketuai oleh seorang Ketua Polis Negeri (Chief Police Officers). Walaupun Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pengawasan pasukan polis tetapi ia adalah dibawah kawalan dan arahan Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seksyen 3, Police Force Enactment (1924) ada menyebut bahawa,

"The Superintendent and administration of the Police Force shall be in the hands of the Commissioner and   subject to the orders and control of the Chief Secretary".

Orang yang pertama   dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Kapten H. C. Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor. Syers  telah memindahkan Ibu Pejabat Polis Negeri itu dari Klang ke Kuala Lumpur (Bukit Aman sekarang) dan  mengekalkan Bluff Road Hill itu sebagai Pusat Pentadbiran Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jawatannya sebagai Penguasa Polis Selangor digantikan oleh Christian Wagner.

Di bawah Kapten H.C. Syers, Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu mengalami beberapa perubahan yang pesat dan menggalakkan. Untuk menimbulkan rasa kesatuan, pakaian seragam warna  biru diperkenalkan. Tiap-tiap negeri dibezakan oleh bentuk butang dan lencana.

Syers mengambil inisiatif dengan menyusun semula pentadbiran polis di Perak. Kontinjen Polis Perak diketuai oleh seorang Ketua Polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis yang  mengambil alih sepenuhnya peranan pasukan Sikh di Perak yang dianggap bukan lagi sebahagian daripada pasukan polis tetapi Malay States Guides. Kontinjen Perak pada masa itu mempunyai seramai 842 anggota 15 pegawai Eropah, 472 pegawai dan anggota Sikh dan Pathan, 14 orderli dan 302 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu. Keanggotaan di Kontinjen Selangor pula ialah enam orang pegawai Eropah, 32 Pathan dan 500 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu.

Dengan tertubuhnya Malay States Guides dibawah Kolonel Walker pada tahun 1896 yang kekuatannya enam kompeni infantri dan dua kompeni artillieri (900 anggota). Semua tugasan  berbentuk ketenteraan yang dulunya menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang diambil alih oleh pasukan tersebut.

Ketua Polis Kontinjen Pahang ialah Duff dan pasukan itu mempunyai 245 anggota. F.W. Talbot pula mengetuai Kontinjen Negeri Sembilan. Dibawahnya terdapat dua Inspektor, 56 anggota Sikh dan 250 pegawai pangkat rendah serta konstabel Melayu.

Tahun pertama wujudnya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mencatatkan jumlah anggotanya lebih kurang 2000 orang. Masalah yang wujud sehingga 1903 ialah penggabungan polis itu masih longgar, Residen turut mempunyai kuasa dalam pentadbiran polis  tiap-tiap negeri.  Pesuruhjaya Polis di Bluff Road (sekarang  Bukit Aman) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya, melainkan sebagai `Inspecting Officer' sahaja. 

2
Gambar Inspektor Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diambil dalam tahun 1933

Menjelang tahun 1902, kekuatan pasukan polis ialah 2160 orang, iaitu tiga orang Timbalan Pesuruhjaya, dua Penolong Pesuruhjaya, 25 inspektor, dua Pegawai Bumiputera, 1961 pegawai pangkat rendah clan konstabel, 93 detektif clan 14 orderli. Sementara itu anggota-anggota polis Kontinjen Selangor dan Pahang bersenjatakan dengan `Martini-Enfield Converted Carbines'. Negeri-negeri lain pula menerima `Martini rifles' dan carbine.

Pada tahun berikutnya iaitu 1903 Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu barulah benar benar dibawah kuasa dan kawalan Pesuruhjaya Polis. Usaha ini dibuat oleh H.L. Talbot yang berusaha untuk mengalihkan kuasa dan peringkat negeri ke pusat menerusi berkuatkuasanya Police Force Enactment 1903.

Satu masalah yang dihadapi oleh pemerintah Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu ialah untuk mendapatkan anggota-anggota yang terlatih. Sebelum itu anggota-anggota biasanya diambil dari pasukan-pasukan tentera India. Untuk mengatasi masalah  sebuah Pusat Latihan (Depot) ditubuhkan di perkarangan Bluff Road pada bulan Oktober 1903.

Bagi mengubah pandangan terhadap polis dan menggalakkan orang Melayu berkhidmat dengan pasukan polis, British telah menggunakan nilai-nilai taat setia kepada Raja yang terdapat pada orang Melayu. Untuk itu Raja Alang lskandar, putera Sultan Idris dari Perak lulusan Oxford yang bekerja di Sekretriat Taiping telah dilantik sebagai  Penolong Pesuruhjaya pada 1 Ogos 1905 dengan persetujuan Paduka Sultan Perak.

Raja Alang Iskandar merupakan orang Melayu pertama diberi pang kat yang tertinggi oleh British. Dia adalah seorang putera raja yang bersemangat dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Dia kemudiannya ditempatkan di Polis Depot dan diberi tanggungjawab untuk pengambilan t anggota-anggota polis Melayu. Raja Alang Iskandar tela menjalankan berbagai usaha untuk menarik minat orang-orang Melayu berkhidmat dalam pasukan polis. Selepas  37 tahun  pusat latihan ini dipindah ke Riffle Range Road (Jalan Semarak) iaitu yan dikenali sebagai PULAPOL (Pusat Latihan Polis) sekarang ini.

3
Kenderaan yang digunakan oleh Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

 4

Anggota Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) dalam tahun 1936

Sehingga tahun 1908 beberapa kemajuan jelas kelihatan dengan organisasi peringkat Kontinjen dan Daerah polis telah disusun. Depot pula semakin lengkap. Cawangan detektif dan Pendaftar Rekod Jenayah yang baru ditubuhkan berjalan lancar. Pegawai-pegawai percubaan   didatangkan dari England.

Apabila Talbot meninggal pada 31 Ogos 1909, Douglas yang memangku jawatan Pesuruhjaya Polis sejak Talbot sakit dikekalkan memegang jawatan tersebut. Douglas adalah Ketua Polis Perak sejak 1897.

Pada tahun 1911, anggota Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terus bertambah. Dalam masa sepuluh tahun keanggotaannya ingkat iaitu daripada 2138 orang kepada 3241 orang. Jumlah pegawai Eropah juga bertambah dan 41 orang menjadi 72 orang. Masalah yang dihadapi oleh polis pada masa itu ialah perjudian dikalangan kaum Cina dan juga jenayah yang berkait dengan candhu. Tetapi dengan kecekapan pasukan polis keadaan dapat dikawal.

Pada masa ini juga telah wujud Police Force Enactment yang dikuatkuasakan pada 9 Januari 1924. Enakmen ini lebih teratur, menjelaskan peranan dan tugas serta tanggungjawab polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu.

Dengan meletusnya Perang Dunia Kedua dan jatuhnya seluruh Tanah Melayu ketangan Jepun maka Polis Negeri-Negeri Bersekutu dengan sendirinya terbubar. Ketua Polis yang terakhir, E.Bagot turut melarikan diri ke Singapura setelah  kekuatan pertahanan British tidak mampu untuk menahan kemaraan tentera Jepun. Apabila Singapura turut jatuh ketangan Jepun, E. Bagot turut ditawan.

 5

Kawalan Kehormatan di Padang Kelab Selangor oleh Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS)

6

HJ. Mohamad Bin Rahmat, Sarjan Detektif (No. 1, F.M.S. Polis)

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS