Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat
Penguasaan Syarikat Hindia Timur ke atas Singapura dalam tahun 1819 telah merubah seluruh sejarah Tanah Melayu. Kemajuan jajahan baru itu begitu pesat dan kemudiannya meninggalkan Melaka dan Pulau Pinang di belakangnya. Perkembangan itu juga melibatkan Pasukan Polis. Pada tahun 1826 ketiga-tiga jajahan British di Tanah Melayu disatukan dengan Pulau Pinang sebagai pusat pentadbiran. Dalam tahun 1830 pentadbiran Negeri-Negeri Selat diturunkan ke taraf residensi dan diletakkan di bawah kekuasaan Residen Bengal semasa Robert Fullerton menjadi Residen. Tiap-tiap wilayah ditempatkan seorang Timbalan Residen. Dua tahun kemudian, Negeri-Negeri Selat disatukan semula pentadbirannya dengan diketuai oleh seorang Gabenor. Pusat Pentadbiran berpindah ke Singapura. Timbalan-Timbalan Residen dilantik sebagai Kaunselor Residen.

Pertukaran kekuasaan Negeri-Negeri Selat dari India kepada Kerajaan British pada tahun 1867, walaupun merupakan kejadian penting kepada sejarah Tanah Melayu, tidak pula mendatangkan kesan segera kepada perlembagaan Pasukan-Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat berkenaan. Empat tahun kemudian Police Force Ordinance 1871 digubal dengan sedikit pindaan. Ordinan ini dikuatkuasakan mulai tahun 1872 dan digunakan sehinggalah kedatangan Jepun. Dengan itu juga seluruh Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat disatukan di bawah kawalan seorang Ketua Polis yang beribu pejabat di Singapura. Pulau Pinang dan Melaka dipimpin oleh seorang Penguasa Polis yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Polis. Ketua Polis Negara Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Kolonel Samuel Dunlop.


Sub-Inspektor Mohd Dat dari Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dalam tahun 1930-an)

En. W.A. Cuscaden, ISO, Ketua Polis Negeri-Negeri Selat 1906-1914


En. A.R. Chancellor, CBE, Ketua Polis Negeri-negeri Selat, 1914-1923


En. H. Fairburn, CMG, Ketua Polis Negeri-Negeri Selat 1925-1935

En. R.H. De Onreat, CMG.
Ketua Polis Negeri-negeri Selat
1935-1939

En. A.H. Dickinson, OBE.
Ketua Polis Negeri-negeri Selat
1939-1946


                    

 

  Anggota Polis Negeri-Negeri Selat 1939, Diketuai oleh En. J.N.M. A. Nicholls, D.C.P.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS