Pasukan Polis Pahang

Pahang menerima Residen British selepas Perak, Selangor clan Sungai Ujong. Sultan membuat kediaman di Pekan yang terletak di muara Sungai Pahang. Pada awal tahun-tahun 1880-an, British mula mendesak baginda Sultan menerima khidmat seorang Residen British untuk membolehkan Inggeris campur tangan di negeri itu. Maka dalam tahun 1888 Pahang menerima desakan British, clan J.P. Rodger telah dilantik menjadi Residen British yang pertama.

Satu langkah pertama clan penting yang dilakukan oleh Rodger yang pernah bekerjasama dengan H.C. Syers di Selangor adalah meminta Penguasa Polis clan Penjara Selangor itu membantunya membentuk Pasukan Polis Pahang. Syers diminta merekrut clan melatih sekumpulan 25 kaum Sikh sebagai anggota asas clan menyediakan seorang Sarjan, Koperal clan Bugle untuk Pasukan Polis yang bakal ditubuhkan itu. Buat sementara waktu beberapa orang anggota sukarelawan Polis Selangor dipilih untuk berkhidmat dengan Pasukan Polis Pahang.

Pasukan yang dihantar ke Pahang itu terdiri daripada seorang Sarjan, seorang Koperal, 23 Sipahi, clan seorang Bugle dengan dipimpin oleh Inspektor Cross. Pasukan ini bertolak dari Singapura ke Pekan pada 18 Oktober 1888 dengan disertai oleh Residen Pahang sendiri. Setibanya di Pahang, Inspektor Cross jatuh sakit clan meninggal dunia dalam bulan November tahun yang sama. Inspektor Kempe menggantikan tempatnya.

Kerajaan Selangor bersetuju meminjamkan Syers selama dua bulan untuk membantu Pahang menubuhkan Pasukan Polisnya. Syers bertolak ke Pekan pada 6 April 1889. Syers membawa bersama-samanya 25 orang anggota polls yang direkrut clan dilatih di Selangor. Ketibaan ketumbukan Syers ini memperkuatkan lagi Pasukan Polis Pahang. Syers tiba di Pekan akhir Jun 1889. Dari 12 Julai hingga 12 Ogos 1889, Syers menjelajah kesegenap pelosok Pahang. Kebanyakan saranan Syers diberi perhatian clan diambil tindakan oleh Residen.

Menjelang tahun 1890, Pasukan Polis Pahang bertambah besar dengan anggota-anggotanya terdiri dari 104 Sikh, 142 Melayu, seorang Inspektor Eropah bernama Summer clan seorang Inspektor Melayu bernama Tuan Kechut.

Di akhir tahun 1891 kebangkitan anti-British tercetus di Pahang. Pemimpin-pemimpin pribumi tempatan menentang British kerana tidak puas hati terhadap campur tangan Inggeris di Negeri itu. Pasukan Polis Pahang memainkan peranan mengawal keadaan clan mengembalikan ketenteraman di negeri itu.

Kekacauan di Pahang bukanlah satu faktor yang menyebabkan penubuhan sebuah pasukan polis yang bersatu. Walau bagaimanapun pengalaman di Pahang mungkin memberikan pengajaran yang berguna. Dalam kekacauan itu beberapa pasukan polis berganding bahu dan berkerjasama di bawah satu pemerintah. Justeru itu pihak Inggeris merasakan sudah tiba masanya untuk menyatukan pasukan polis dalam usaha menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan lebih berkesan.



Balai Polis Pekan, Pahang 1937 bersama W.L.R. Carbonell (Ketua Polis Pahang)



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS