Pasukan Polis Perak
Dengan pangkatnya Sultan Ali, negeri Perak berada (dalam kucar kacir kerana berlakunya perebutan takhta. Keadaan di Larut bertambah kusut. Ketegangan juga berlaku di sana kerana wujud kejadian-kejadian yang dicetuskan oleh imigran-imigran China yang semakin ramai. Ini menyukarkan Menteri Larut untuk mengawal keadaan. Untuk mengatasi masalah ini, beliau menubuhkan Pasukan polis yang dianggotai oleh 40 orang Melayu. Akan tetapi Pasukan Polis ini gagal mengawal kekacauan-kekacauan dan kegiatan kongsi gelap yang dicetuskan oleh orang Cina. Menteri Larut kemudiannya meminta Kaptan Tristram Speedy membantunya merekrut dan membentuk sebuah Pasukan Polis yang kuat bagi menjaga keamanan dan ketenteraman di Larut. Speedy tiba di Larut akhir tahun 1873 dengan membawa bersama-samanya 110 anggota Polis Punjab dan Pathan yang direkrut di India berserta senjata-senjata api 'Krupp Guns'.

Gabenor Sir Andrew Clarke pula telah mengambil keputusan untuk campur tangan di Perak. Dia kemudiannya mengadakan Perjanjian Pangkor untuk menyelesaikan kekalutan di Perak. Perjanjian Pangkor ditandatangani dalam bulan Januari 1874. Speedy kemudiannya dilantik sebagai Penolong Residen. Residen Perak yang pertama ialah J . W . W . Birch. Pasukan Polis yang dibentuk oleh Speedy diperbesarkan menjadi 160 anggota. Di samping anggota-anggota yang direkrut dari India, beberapa anggota Melayu dan Cina turut diambil. Seorang Inspektor berbangsa India ditugaskan membantu Speedy. Pasukan Polis ditempatkan di satu kawasan antara Matang dan Taiping. Pada masa itu belum ada uniform yang khusus dan keadaan berek juga tidak sempurna.

Campur tangan British di Perak menerima tentangan hebat pribumi tempatan. Residen pertama, J . W . W Birch telah dibunuh oleh seorang pribumi Perak pada 2 Nov 1875. Dengan penentangan yang hebat oleh penduduk tempatan dan pembunuhan ke atas J . W . W Birch itu telah menyebabkan British mengambil keputusan untuk campur tangan secara langsung di Perak. Inggeris kemudiannya memperkukuhkan kedudukannya dengan memperkuatkan pasukan polis.



T.C.S. Speedy Ketua Polis Perak 1873-1874

Anggota 'Malay State Guides' Berpakaian 'Pemeriksaan Barisan' dalam tahun 1910.

 

Balai Polis Janing Hulu Perak ( 1890)

Dalam bulan Disember 1876, Pesuruhjaya Pasukan Polis Perak yang pertama dilantik. Beliau ialah Paul Swinburns. Anggota-anggota polis yang direkrut oleh Speedy diserapkan ke dalam Pasukan Polis yang baru dibentuk oleh Swinburne. Beberapa anggota polis Melayu dari Negeri-Negeri Selat turut ditukarkan ke Perak. Swinburne juga mina membina berek polis dan balm-balm baru di Tanjung Piandang, Kuala Larut dan Durian Sebatang. Uniform baru juga diperolehi dari England. Pasukan Polis kenali dengan nama-nama barn - Polis Bersenjata Perak (Perak Armed Police). Pasukan Polis ini berfungsi, berperanan, berdisiplin dan ditadbirkan secara ketenteraan.

Pada 3 Oktober 1879 satu rusuhan tercetus di Taiping. Pihak Polis berjaya mengawal keadaan. Kecekapan polis adalah berkat sistem latihan dan pentadbiran yang disusun oleh Swinburne. Swinburne digantikan oleh Kapten Walker dalam tahun 1882. Walker kemudiannya membentuk sebuah Pasukan Polis Berkuda (Mounted Battery) yang dipimpin oleh Inspektor James McKeon. Walker juga menyusun satu sistem penyiasatan yang bersistematik semasa beliau memimpin Pasukan Polis Perak. Pasukan Polis Perak berkembang sehinggalah kemudiannya bersatu dengan Pasukan Polis yang lain dalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
  


Anggota Polis Perak mengiringi J.W.W. Birch Residen British di Perak sewaktu melawat Negeri Selangor pada tahun 1874


 Pasukan polis berkuda Perak bagi DYMM Sultan Perak dalam tahun 1915


 Balai Polis Teluk Anson, Perak dalam tahun 1893.

 
 Balai Polis Tapah, Perak, 1936

 

Panji 'Malay State Guides'  yang dikurniakan oleh Sultan Perak, Selangor, Pahang, dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan


Balai Polis Pasir Itam, Perak 1935


Balai Polis Kampong Simee, Perak  dibina dalam tahun 1948.


Bot Marin P7 'Tristram Speedy' digunakan sebagai Balai Polis terapung di perairan dalam tahun 1954. Orang ramai sedang berurusan di atas marin polis 'Tristram Speedy' balai polis terapung.

 


Anggota Polis Kontinjen Taiping sedang berjalan lalu di hadapan Pejabat Daerah Larut pada tahun 1953


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS