Pasukan Polis Perlis

Pasukan Polis Perlis merupakan satu-satunya  pasukan polis di Tanah Melayu yang dibentuk tanpa bantuan dan pertolongan pegawai Eropah.

Dalam tahun 1909, pasukan Polis Perlis mengandungi 57 anggota dengan 30 daripadanya orang Melayu dan 27 orang Sikh. Dalam tahun yang sama Encik Mat bin Kassim dihantar ke Kedah untuk mengikuti latihan kepolisan di bawah Kapten Speers di Kuala Muda.

Sekembalinya ke Perlis dalam tahun 1910, beliau dilantik mengetuai polis Melayu dengan pangkat Inspektor. Sejauh manakah kuasa dan kawalannya ke atas polis Sikh tidak dapat dipastikan. Walau bagaimanapun, beliau adalah pegawai terkanan dalam Pasukan Polis Perlis. Pada tahun 1914 beliau diperakukan sebagai Komander Pasukan Polis Melayu.

Encik Mat bin Kassim berusaha memperlengkapkan dan meningkatkan kecekapan pasukan polis Perlis. Disiplin dan latihan diberi penekanan. Gaji dinaikkan dan rasuah pula dikawal. Kesannya keadaan jenayah di Perlis berkurangan.

Kekuatan pasukan polis pada masa itu tidak melebihi 80 orang. Mulai 1927, jawatan Encik Mat Kassim dikenali sebagal Ketua Polis Perlis. Keadaan ini wujud sehinggalah Pasukan Polis Perlis di satukan dengan Pasukan Polis Malayan Union pada tahun 1946. Rekod perkhidmatannya mengetuai pasukan Polis Perlis meletakkan dirinya begitu unik dalam sejarah kepolisan negara.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS