Pasukan Polis Sarawak

 

'Sarawak Constabulary' menaiki rakit di Meligan 1909 

Apabila James Brook diberi kuasa memerintah Sarawak pada 1842 (sebagai Raja Sarawak) maka dia menubuhkan sebuah pasukan bersenjata yang mempunyai dua fungsi, iaitu polis dan tentera yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan Sarawak. Dia juga mendirikan kota-kota kecil di tempat-tempat strategik di negeri itu yang dikawal oleh pasukan garrison. Dari pengawal-pengawal garrison inilah pasukan polis Sarawak ditubuhkan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1932 kedua-dua pasukan ini dicantumkan dan diberi nama baru, iaitu Sarawak Constabulary. 

Konsep Sarawak Constabulary sama seperti North Borneo Armed Constabulary yang ditubuhkan di Sabah. Pasukan ini berperanan menjaga kepentingan Raja Brooke daripada tercabar terutamanya oleh kebangkitan anak-anak pribumi Sarawak yang amat tidak senang hati dengan kekuasaan seorang Inggeris di tanah air mereka. 

Pada tahun 1862, satu pasukan renjer seramai 120 orang anggota ditubuhkan di Kuching di bawah perintah Major W.H. Rodway. Anggota-anggotanya diambil dari kalangan bumiputra Sarawak di samping kaum India dan juga kaum Jawa. Pasukan Renjer ini mempunyai sebuah pusat latihan di Kuching. Jasa pasukan renjer terhadap Kerajaan Brooke dalam mententeramkan Sarawak adalah besar. Ini termasuklah dalam perang-perang menentang Rentap (1857-1861), Julau Dayak (1856), Kayan Besar (1863), Katibas (1868-1871) dan Ulu Ai (1875). Komandan Renjer Sarawak yang pertama ialah A. Rodway (1868-1870) dan kemudiannya F. Walter (1870-1871), G.H. Becehus (1871-1875), W.H. Rodway (1877-1883), H.M. Peck (1884-1886), F.K.I. (1886-1894), G.L.B. Killick (1899-1900), G. Wilson (1902-1903), Sir Percy Cunnyghame (1903-1904) dan J . Whaeler Aldright (1903-1905) . Komandan Renjer yang terakhir ialah R. E. Lesueur (1923-1932). 


Pakaian Polis Sarawak 1841-1965

Melihat keberkesanan dan teraturnya pasukan-pasukan polis yang telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, akhirnya pada tahun 1932 sebuah pasukan polis yang lebih teratur dan terkhusus dibentuk diberi nama "Sarawak Constabulary". Keanggotaannya pada masa itu hanya berjumlah 859 orang sahaja.

Sementara itu, Sarawak Armed Constabulary diperbesarkan keanggotaannya sehingga meningkat ke angka 1000 anggota. Tugas mata-mata kampung juga telah diambil alih oleh anggota Sarawak Constabulary. Apa yang jelas ialah Sarawak Constabulary masih memainkan peranan polis dan tentera terutamanya sebagai bersiap sedia untuk mengekang  sebarang pemberontakan oleh peribumi   Sarawak.

Menjelang tahun 1940, Sarawak Constabulary dipecahkan menjadi dua unit. Unit A yang terdiri dari 900 orang anggota pelbagai  pangkat bertanggungjawab memikul tugas-tugas am polis, memberi kawalan dan pengiring bersenjata di stesen-stesen utama di negeri itu. Unit B pula mengandungi tiga platun Dayak, terdiri dari 100 anggota yang diberi tugas separa tentera, iaitu seperti Pasukan Polis Hutan masa ini.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus (1940), Sarawak Constabulary turut sama berjuang mempertahankan Sarawak dari serangan Jepun tapi kekuatan dan kelengkapan tentera Jepun ternyata mengatasi pertahanan Sarawak. Dalam masa beberapa hari sahaja Sarawak jatuh ke tangan Jepun dan dengan itu juga Sarawak Constabulary turut bubar. Pemerintah Jepun membentuk pasukan polisnya sendiri. Banyak anggota Sarawak Constabulary meneruskan khidmat mereka di bawah Polis Jepun.

Pada tahun 1946 kerajaan Inggeris dengan rasminya mengambil alih pemerintahan Sarawak dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan. Keanggotaan pasukan polis Sarawak waktu itu berjumlah 1079 orang. Dengan pertukaran pentadbiran itu, Sarawak mengalami beberapa perubahan. Pasukan Sarawak Constabulary dimodenkan dari pelbagai segi termasuklah sistem latihan, kelengkapan dan peralatan pasukan. Apa yang menarik ialah pada tahun 1955 Constabulary Ordinance (1955) dikeluarkan di Sarawak.

Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada tahun 1963, Sarawak Armed Constabulary turut diserapkan dalam PDRM.


Perbarisan harijadi 'Sarawak Rangers' dan penyampaian pingat perkhidmatan am pada tahun 1929


Pasukan 'Sarawak Rangers' mengarak panji pada Disember 1931.

Pengawal Istana 1954 


Perahu jenis panjang yang digunakan oleh Polis Marin Sarawak dalam tahun 1966 

 

Bot laju yang digunakan oleh Polis Marin Sarawak dalam tahun 1970 


Hydrofil yang diserahkan oleh YB. Tan Sri Temenggong Jugah Ah Bareng kepada PDRM Sarawak dalam tahun 1965

Hydrofil yang diserahkan oleh YB. Tan Sri Temenggong Jugah Ah Bareng kepada PDRM Sarawak dalam tahun 1965
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS