Pasukan Polis Selangor

Sultan Abdul Samad menaiki takhta Selangor dalam tahun 1857, Baginda memerintah Selangor dan Kuala Lumpur. Jajahan Kiang diletakkan di bawah pentadbiran Raja Abdullah. Orang Cina datang ke kawasan Kuala Lumpur untuk mengerjakan lombang bijih timah pada 1850. Pada 1867 Raja Abdullah dicabar oleh Raja Mahadi. Dengan itu bermulalah Perang Kiang.

Pada tahun 1870 Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada menantunya, Tengku Kudin dari Kedah dengan gelaran Wakil Yamtuan. Beberapa tindakan Tengku Kudin menambahkan kucar-kacirnya pentadbiran negeri. Tengku Kudin kemudiannya menubuhkan sebuah Pasukan Polis. Dalam tahun 1871 beliau merekrut dua orang pegawai Eropah - seorang Belanda bernama Van Hagen dan seorang Italy bernama Cavaleiri. Pasukan Polis tersebut mengandungi 30 orang Eropah dan Serani serta 80 orang sepoi India. Tengku Kudin adalah rakan sepakatan Yap Ah Loy, Kapitan Cina waktu itu. Dalam tahun 1872, Tengku Kudin menempatkan sebahagian besar anggota Pasukan Polisnya di Kuala Lumpur bagi menghadapi ancaman Syed Masyhur yang juga menjadi musuh ketat Yap Ah Loy. Kuala Lumpur ditawan oleh Syed Masyhur dalam bulan Ogos tahun yang sama. Pasukan Tengku Kudin telah diserang hendap oleh satu lagi kumpulan penentang yang diketuai oleh Raja Mahadi. Cavaleiri dan 20 orang anggota pasukan Tengku Kudin terbunuh. Ah Loy terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur. Sementara itu Van Hagen dan 40 anggotanya ditawan dan dihukum bunuh di Kuala Lumpur.

Bila Davidson dilantik sebagai Residen British dalam tahun 1874, salah satu tindakan utamanya ialah menubuhkan Pasukan Polis. Pembentukan Pasukan Polis diserahkan kepada seorang pegawai muda yang bernama Harry Syers. Dalam bulan Julai 1875, beliau dilantik sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor. Menjelang Oktober 1878 anggota Pasukan Polis Selangor meningkat ke angka 270 dan kesemuanya adalah orang Melayu. Balaibalai polis juga didirikan di Kiang, Kuala Lumpur, Damansara, Kubu Lama, Sungai Pelong, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Jugra, Kancing, Krian dan Hulu Langat. Pasukan Polis itu dikenali sebagai Pasuka Polis Tentera Selangor (Selangor Military Police Force).

Mulai tahun 1882, Ibu Pejabat Polis Selangor dipindahkan dari Kiang ke Kuala Lumpur yang sedang pesat membangun ketika itu. Balai Polis Central terletak di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Cross tetapi pusat pentadbiran polis Selangor yang diketuai oleh H.C. Syers, terletak di 3alan Bluff, tempat terletaknya Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekarang. Pasukan Polis Selangor pimpinan Syers terus berkembang pesat terutamanya pada akhir tahun 1880-an. Setelah membentuk sebuah pasukan polis yang cekap di Selangor Syers diarahkan ke Pahang untuk membantu menubuhkan sebuah pasukan polis di negeri itu.



Bukit Aman (Bluff Road) dalam tahun 1904​


Rumah dua tingkat kepunyaan Syers (kiri) berek polis (kanan) di atas Bukit Ayang kini dikenali sebagai Bukit Aman, di atas Kelab Selangor Kuala Lumpur, 1882.

 

Kapt. Syers Ketua Polis yang pertama dengan Pasukan Polis Selangor dalam tahun 1896.

 

Bukit Aman (Bluff Road) dalam tahun 1904.


Peniup Bugle di Bukit Aman dalam tahun 1896.

 

Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) 1936.


Kawalan kehormatan di padang Kelab Selangor oleh Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.)

Ibupejabat Polis Bukit Aman pada tahun 1970-an.


Rekrut-rekrut Polis Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S.) sedang berbaris di padang Kawat Pusat Latihan Polis, Bukit Aman - 1920.

 

Kapt. Syers. Ketua Selangor dalam tahun 1896.

 

Pasukan Peronda 'Troley Patrol' di Negeri Selangor pada tahun 1933

Balai Polis Central Kuala Lumpur (Jalan Bandar) pada tahun 1850

 

Maktab Polis Kuala Kubu Bahru, Selangor yang telah dirasmikan oleh Sir Gerald Templer dalam tahun 1953.

 

Bangunan Gedung Raja Abdullah menjadi Ibupejabat Polis Daerah Kelang dalam tahun 1880-1980 


Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur.


Balai Polis Petaling, Kuala Lumpur.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS