Penganugerahan Diraja

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abd. Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad sedang diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner ketika penganugerahan gelaran 'Diraja'

Pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad telah berkenan mengurniakan gelaran `Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan"atau "The Royal Federation of Malayan Police".

Menurut titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, pengurniaan `di-Raja' itu merupakan satu penghormatan kepada khidmat bakti cermerlang dan kesetiaan yang diperlihatkan oleh segenap anggota polis, dalam menjalankan tugas memelihara keamanan dan ketenteraman negara sejak diwujudkan pasukan polis dalam tahun 1807 di Pulau Pinang.

Pengurniaan `Diraja' juga merupakan satu penghargaan Kerajaan dan rakyat negara ini di atas peranan utama dan kepentingan  yang dimainkan oleh pasukan polis untuk menumpaskan pemberontakan komunis semasa darurat pertama dahulu (1948-1960).


Ketibaan YB. Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato Hussien dan isteri pada 24 Julai 1958


DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong  DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad Y.Bhg Dato Abd. Razak Bin Hussein, Tim Perdana Menteri dan Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner pada 24 Julai 1958

Sedang memeriksa kawalan kehormatan.


Bendera baru Polis Diraja Persekutuan Tanah Melayu yang dianugerahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad pada 24 Julai 1958.

DYMM Yang Dipertuan Agong sedang memeriksa perbarisan di atas kenderaan


Polis Wanita yang mengambil bahagian dalam perbarisan Diraja

Pegawai pemerintah baris ketika itu Supt. Mohammed Zamani bin Samah

Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu Tan Sri C.H. Fenner bersama Komandan Pusat Latihan Polis dan para pegawai sedang bergambar ramai selepas perbarisan Diraja.


Sebahagian daripada para tetamu kenamaan yang hadir.

Dato' Abdul Razak bin HUssein , Tim. Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sedang membaca watikah Diraja. 


Inilah Watikah Penganugerahan Gelaran Diraja yang telah dianugerahkan kepada 
Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 24 Julai 1958

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS