Peristiwa 13 Mei


Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang  mengawal rusuhan

Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatatkan satu titik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.

Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei? Tunku Abd. Rahman telah menyalahkan komunis dan anasir-anasir kongsi gelap lain yang dikatakan bertanggungjawab berlakunya peristiwa tersebut. Bagaimanapun, Tun Dr. Ismail Menteri Dalam Negeri ketika itu mengatakan bahawa demokrasi telah mati di negara ini. Demokrasi mati di tangan parti-parti politik pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya keganasan ini. Laporan Majlis Keselamatan Negara (9 Okt. 1969) berpendapat bahawa peristiwa ini terjadi akibat peranan yang di mainkan oleh Parti Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di samping beberapa faktor yang lain. Walau apa pun sebabnya peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu memakan korban yang besar iaitu seramai 196 orang mati, dan 149 orang cedera. Walau bagaimanapun pihak polis dengan bantuan tentera berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.

Bila keadaan kekacauan seperti ini berlaku, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk memulihkan keadaan dan mengwujudkan kestabilan swam. Dalam melaksanakan tugas untuk mengamankan negara semasa berlakunya peristiwa 13 Mei itu, PDRM berjaya memainkan peranannya dengan berkesan, bukan sahaja disebabkan oleh kemampuan dan kecekapan anggota-anggotanya bertindak tetapi lebih penting ialah cara tindakan mereka yang tidak berat sebelah, yang adil dan saksama. Apabila keadaan pulih seperti sediakala, pasukan polis menerusi Cawangan Khas terus bertindak dengan lebih berhati-hati dan lebih peka pada isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan penentangan dan pergaduhan antara kaum. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh polis untuk memupuk perpaduan dengan berusaha menghindar tercetusnya krisis bercorak perkauman tidak pernah dipublisitikan secara meluas walaupun terbukti berkesan sekali.

Dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang bercorak perkauman yang boleh mencetuskan pengeseran antara kaum, PDRM bertindak berhati-hati. Pertama, sesuatu isu itu di selesaikan dengan rundingan dan nasihat. Kedua PDRM terpaksa menggunakan undang-undang untuk memastikan bahawa sesuatu isu itu tidak boleh merebak atau dieksploitasikan untuk mencetuskan krisis bercorak perkauman.

Di samping pelampau perkauman, negara  juga berhadapan dengan ancaman pelampau politik dan keagamaan. Pihak polis tidak menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat hak dan kebebasan politik dan keagamaan seseorang warganegara. Apa yang diberi tumpuan ialah tindak tanduk sesaorang individu atau kumpulan yang memperalatkan politik atau agama untuk mencetuskan pergolakan atau menimbulkan pertentangan atau krisis hingga boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta keselamatan negara. 


Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan di stadium Jalan Raja Muda


Rumah dan kedai hangus dibakar oleh penunjuk perasaan semasa peristiwa 13 Mei 


 Anggota Pasukan Simpanan sedang melakukan rondaan di kawsan yang berlaku rusuhan. 


Sekatan jalanraya diadakan bagi menyekat merebaknya rusuhan 


Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 


Seorang anggota polis sedang mengawal orang ramai ramai ketika bantuan makanan diberikan oleh pihak kerajaan 


Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan sedang mengawal rusuhan 


Jalanraya menjadi sesak berikutan rusuhan kaum 13 Mei

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS