Polis Wanita

Unit Polis Wanita mula ditubuhkan dalam masa darurat. Sejumlah besar wanita-wanita tempatan telah direkrut sebagai Polis Khas. Kerajaan pada masa itu sedang giat melancarkan operasi mencegah bekalan makanan kepada pengganas-pengganas komunis. Selepas pengisytiharan darurat dibuat, didapati bahawa salah satu cara yang paling berkesan untuk menentang pengganas komunis ialah dengan menyekat mereka dari mendapatkan bekalan makanan dari orang ramai. Projek ini memerlukan pemeriksaan yang rapi di pintu-pintu masuk ke sesuatu kawasan atau perkampungan.

Oleh kerana sebahagian besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah di negara ini terdiri daripada kaum wanita, maka pengambilan wanita-wanita untuk tugas-tugas memeriksa itu adalah perlu. Polis Khas juga menjalankan tugas di lokap-lokap dan menjadi polis pengiring kepada wanita dan kanak-kanak yang ditahan. Dalam bulan Ogos 1955, Pasukan Polis Wanita ditubuhkan dengan rasminya. Seorang pegawai polis wanita Inggeris, Miss B.D.B. Wentworth telah dipinjamkan kepada Pasukan Polis untuk membantu dalam usaha-usaha melatih golongan perintis Polis Wanita di negara ini. Sejak itu Pasukan Polis Wanita terus berkembang maju memainkan peranan penting untuk mengekalkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat. 


Konstabel Khas Wanita (1948-1956)


Pegawai wanita menjalani latihan Inspektor Kumpulan 3 tahun 1957. Duduk di kiri sekali ialah Dato Zakiah Bt Laidin (Beliau bersara sebagai Deputi Komisioner Polis )

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS