Sejarah Polis Singapura

Berdasarkan pengalaman yang wujud di penempatan-penempatan British yang terdahulu, Raffles bertindak segera menubuhkan pasukan polis di Singapura tidak lama selepas pulau tersebut diserahkan kepada Inggeris. P.J. Bernard mengetuai Pasukan Polis tersebut dengan dibantu oleh seorang penulis Melayu, seorang goaler, seorang jemadar atau Sarjan dan lapan konstabel dengan jemadar, serta sembilan peader yang gaji mereka dibayar menerusi tabung yang ditubuhkan oleh saudagar tempatan. Dengan berkembang pesatnya Singapura, Pasukan Polis juga diperbesarkan. Dalam tahun 1841 pasukan polis mengandungi `Sitting Magistrate' sebagai Penguasa Polis dengan tiga Konstabel Eropah, seorang penolong Konstabel, empat belas pegawai dan 110 orang mata-mata. Dalam tahun 1843, Pasukan Polis Singapura memasuki era baru dengan perlantikan Thomas Dunman sebagai Timbalan Majistret dan Penguasa Polis.

Dunman adalah seorang yang tekun dalam tugasnya. Beliau banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan Pasukan Polis Singapura selama hampir tiga puluh tahun. Semasa di bawah pimpinannya Pasukan Polis Singapura muncul sebagai Pasukan Polis yang berdisplin, cekap dan mampu menghadapi pelbagai masalah.

 Thomas Dunman - Timbalan dan Penguasa Polis Singapura 1843


Sebuah Balai Polis di Singapura tahun 1825.


Anggota Polis Negeri Selat (Singapura) dalam tahun 1825


Pejabat "Municipal" di Singapura semasa lawatan Raja-Raja Melayu

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS