Zaman Gray

 

Kolonel Nieol Gray

Pada 29 Jun 1948, Sir Edward Gent telah dipanggil balik ke England. Ini pula diikuti dengan perletakan jawatan oleh Langworthy.

Gent digantikan oleh Sir Henry Gurney dan Langworthy pula digantikan oleh Kolonel Nieol Gray. Pada masa itu Pasukan Polis Malayan Union telah ditukarkan namanya kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Sir Henry Gurney telah mengambil dua keputusan yang sangat penting bagi perkembangan perjuangan menentang ancaman pengganas komunis. Pertama, pihak tentera tidak akan diberi tanggungjawab penuh untuk menentang komunis. Bagi beliau ini merupakan satu perang ideologi politik dan beliau percaya bahawa apa yang diperlukan ialah sokongan ketenteraan bagi satu perang politik. Keputusan kedua yang dibuat oleh Gurney ialah untuk melancarkan projek penempatan semula setinggan-setinggan Cina dari kawasan kawasan di tepi hutan. Mereka ini berjumlah 600,000 orang, dan kebanyakannya mereka ini telah melarikan diri dari bandar-bandar semasa pendudukan Jepun.

Malangnya Sir Henry Gurney telah terkorban dalam satu serang hendap komunis dalam perjalanan beliau ke Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.

Gray mula bertugas pada 17 Ogos 1948. Beliau menghadapi tugas yang amat sukar dan mencabar. Beliau terpaksa mengembang dan memajukan Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu dengan secepat mungkin bagi menentang ancaman komunis. Langkah-langkah yang dijalankan oleh Gray ialah seperti berikut:

  • Jawatan Pengarah Cawangan Perisikan Jenayah telah diubah kepada Timbalan Pesuruhjaya yang mengetuai dua cawangan iaitu Cawangan Khas dan Cawangan Jenayah. Tiap-tiap cawangan ini pula masing-masing dipimpin oleh seorang Penolong Pesuruhjaya.

  • Jawatan Timbalan Pesuruhjaya `Uniform Branch' telah dibentuk untuk melicinkan lagi pentadbiran pasukan.

Selaras dengan usaha itu, beberapa cawangan baru telah dibentuk di bawah Pengurusan Pesuruhjaya ini dan cawangan tersebut ialah:

  • Kakitangan (Personnel)

  • Komunikasi (Signal)

  • Pengangkutan (Transport)

  • `Operations'

  • Polis Khas dan Polis Tambahan

  • `Q' (termasuk perumahan, senjata, bekalan dan kelengkapan

Gray bersara pada bulan Januari 1952. Dalam tempoh perkhidmatannya Gray telah berjaya membentuk satu pasukan polis yang cukup kuat dari segi jumlah kakitangan dan kelengkapan. Sepanjang perkhidmatannya beliau menghadapi berbagai-bagai masalah seperti perselisihan di kalangan pegawai-pegawai yang telah lama berkhidmat dengan kumpulan "orang luar" yang dibawa masuk berkhidmat dalam pasukan; isu `Armour Plating' yang membawa perbalahan antara beliau dengan peladang-peladang dan pelombong-pelombong; percanggahan antara beliau dengan Briggs. Gray tidak bersetuju dengan cadangan Briggs untuk memisahkan pasukan polis kepada dua bahagian, iaitu Pasukan Polis biasa dan Pasukan Pengawal.

Kenderaan GMC dipasang dengan
pembesar suara ketika
darurat 1950
Seoranganggota
'Special Constable'
sedang bertugas      

 

 

Pasukan polis bantuan
ketika operasi
mencari
pembunuh Sir Henry Gurney

Pasukan 'Special Constable' sedang
memeriksa kenderaan di salah
sebatang jalanraya pada tahun 1950

 

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS