Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Scam Alert



Penipuan Iklan Jawatan Kosong

Penipuan Iklan Jawatan Kosong


SCAM ALERT: Memiliki pekerjaan menjadi impian setiap individu. Lebih-lebih lagi apabila pekerjaan yang ditawarkan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Namun tanpa disedari, tawaran tersebut hanya menjadikan mereka sebagai umpan bagi sindiket pengubahan wang haram mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. 

Bagi memastikan taktik penipuan mereka sukar dihidu, ahli sindiket kebiasaannya akan mengiklankan tawaran kerja di dada akhbar dengan menyatakan kemudahan serta gaji yang lumayan bagi menarik minat orang ramai untuk menghubungi mereka. Taktik ini digunakan untuk menjerat mangsa supaya berkerja dengan syarikat terbabit tanpa melalui proses pengambilan yang rumit.

Modus operandi sindiket:

1. Mangsa yang teruja dengan iklan kerja yang ditawarkan akan menghubungi nombor yang dipapar untuk mencuba nasib.

2. Sindiket memaklumkan mangsa adalah calon yang sesuai dan diminta untuk hadir sesi temuduga yang diadakan di tempat yang telah ditetapkan.

3. Selesai temu duga, ahli sindiket kemudian menyuruh mangsa pulang dan menunggu panggilan jawapan sama ada layak ataupun tidak.

4. Dalam tempoh masa tertentu, ahli sindiket (majikan) akan menghubungi mangsa untuk memaklumkan diterima bekerja dan wajib membuka buku akaun bank dan membuat kad ATM. Kedua-duanya perlu diserahkan kepada mereka kononnya bagi tujuan transaksi perniagaan. 

5. Tugas mangsa sangat mudah. Mereka hanya perlu mengeluarkan wang yang telah didepositkan ‘pelanggan’ ke dalam buku akaun bank mereka dan dijanjikan komisen yang tinggi tanpa menyedari mereka melanggar undang-undang. 

6. Mangsa akan berasa tertipu apabila mereka diugut akan dicederakan oleh majikan jika enggan mengeluarkan wang deposit tersebut dan ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket wang haram.

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan janji manis mana-mana syarikat yang menjanjikan pendapatan lumayan dan tawaran menarik yang luar biasa. Dapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu seperti latar belakang syarikat sebelum menerima kerja yang ditawarkan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS